PROFIL PENGARAH URUSAN

                                                        MOHAMAD ZAMIR GHAZALI

                                                      CEO : GMPELADANG SDN BHD

 

 

Mohamad Zamir Ghazali berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang perniagaan khususnya melibatkan aktiviti perniagaan agro-tani termasuk latihan keusahawanan dan latihan kemahiran vokasional melalui syarikatnya iaitu GM PELADANG SDN BHD.

 

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pertanian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia  ( UKM ) dan Sijil Perlatihan Belia Tani Jepun di bawah program JAECCA di Institut of Ibaraki, Japan.

 

Beliau sekarang menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat beliau sendiri dan merupakan Panel Noss Sijil Kemahiran Malaysia dan Pakar Industri di Jabatan Pendidikan Kemahiran Malaysia. Beliau turut dilantik sebagai ‘Task Force’ di Unit Agroprenuer Muda ( UAM ) dari MOA dan merupakan tenaga BisKaunselor di Institut Keusahawanan Negara ( INSKEN ).

 

Sehingga hari ini, melalui syarikat perniagaan beliau, ramai usahawan baru telah dilahirkan khususnya dalam bidang pengeluaran pertanian, usahawan pengedar, konsultan dan kontraktor yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama para graduan.

 

Beliau juga merupakan ‘trainer’ dan penceramah yang sering dilantik dalam program-program pembangunan usahawan khasnya bumiputera di bawah agensi-agensi kerajaan.

 

Istimewanya beliau dan programnya, segala pengisian modul dan manual bimbingan usahawan yang dilatih adalah hasil daripada pengalaman beliau sendiri dan diuji sendiri di lapangan perniagaan.

 

Program latihan dan bimbingan beliau mendapat pengiktirafan daripada Institut Pengajian seperti Kolej Vokasional Pertanian Malaysia malah digunakan di luar negara seperti Program Belia Tani Wira Usaha Universiti Islam Riau dan Universiti Islam Shariff, Riau di Indonesia.

 

Syarikat GM PELADANG SDN BHD kepunyaan beliau adalah merupakan antara syarikat peneraju dalam industri pertanian khususnya melibatkan teknologi penanaman fertigasi dan hidroponik berskala ladang komersil. Sistem teknologi, produk dan model perniagaannya banyak dirujuk oleh usahawan-usahawan tani baru dan mempunyai rangkaian ladang kontrak di seluruh Malaysia.

 

Beliau telah memulakan perniagaan secara serius bermula tahun 2004 secara kecil-kecilan dengan menanam di persekitaran rumah dengan modal sendiri hasil tabungan pinjaman PTPTN.

 

Hari ini, selaras dengan falsafah syarikatnya iaitu Inovasi, Kualiti, Berbudi; perniagaan beliau telah berkembang kepada banyak lapangan perniagaan lain berkaitan pertanian seperti Pusat Latihan Bertauliah, pusat sentralisasi hasil, pembuatan dan pengedaran input pertanian, kontrak ladang, pelancongan pertanian dan pembinaan system pertanian.

 

Beliau adalah contoh bagaimana seseorang usahawan boleh memulakan perniagaan bermula di persekitaran rumah.

In Nature We Trust

Alamat

297 Bangunan GM Peladang, Padang Negara,

20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon Pejabat : 09 - 616 2288

 Hubungi 

GMP Training: 019-9644225

GMP Technology: 013-3090313

GM Freshmart (Marketing): 017-9817644

GM AgroFarm ( Farming): 012-9651604

Waktu Operasi :

Ahad - Khamis: 8.00am- 6.00pm

Jumaat tutup  

Statistik Pelawat: