GM FRESHMART
GM Freshmart merupakan salah sebuah anak syarikat GM Peladang yang beroperasi sebagai syarikat pemasaran produk tanaman yang dihasilkan oleh para petani di Negeri Terengganu, melalui program ladang kontrak.
GM Freshmart bukan sahaja memasarkan produk pertanian, bahkan juga memasarkan produk keluaran syarikat bumiputera (IKS).
Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan hasil tanaman buah-buahan terus dari ladang, terutamanya Melon MMT, anda boleh dapatkan di sini.