• GM Peladang Sdn.Bhd

SISTEM FERTIGASI

Updated: Dec 3, 2018

#gmpfertigasi

#fertigasicilikulai

#fertigasimelon


Tn. Haji Ghazali Muda (Penasihat GMP)

Penanaman menggunakan sistem fertigasi merupakan satu kaedah yang lebih mudah, selesa dan tidak memenatkan. 


Fertigasi adalah dimana kaedah pemberian baja nutrient kepada tanaman melalui pengairan titis. Baja akan dilarutkan dan cecair baja akan disalurkan melelalui pengairan bagi membolehkan baja diserap secara terus oleh akar tanaman dan keadaan ini lebih secara efisen bagi proses tumbesaran tanaman.


Perkara penting dalam industri pertanian adalah pengurusan tanaman untuk menjamin pengeluaran hasil tanaman khususnya penanaman secara fertigasi. Pengusaha perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk mengendalikan sistem ini. 


Matlamat pengurusan tanaman ini ialah untuk memastikan pengeluaran hasil yang konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap yang optimum. Keadaan ini dapat memberi keuntungan yang sewajarnya kepada pengusaha. 


Tujuan penggunaan sistem Fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman dijangkiti penyakit akar seperti penyakit pythium, Fusarium, penyakit layu bakteria dan kebayakan penyakit - penyakit bawaan tanah. Dalam sistem Fertigasi, media tanaman yang digunakan adalah Cocopeat (Sabut kelapa), Arang sekam serami padi, Rock wool (serabut batuan) yang merupakan media mesra alam. 


Melalui sistem fertigasi, pengusaha boleh mengurangkan kos operasi di samping meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman. 

Kos operasi bagi pembelian input Baja dan nutrient tanaman dapat dikawal, kerana melalui kaedah fertigasi, pemberian baja dapat dijalankan mengikut sistem baja berjadual berdasarkan tumbesaran dan keperluan tanaman. 


Keadaan ini juga dipengaruhi oleh penggunaan media tanaman bukan tanah dan tidak mengandungi nutrient yang mengcukupi untuk tumbesaran tanaman. 


Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi moden adalah praktikal mengikut arus pemodenan dalam bidang pertanian. 

In Nature We Trust

Alamat

297 Bangunan GM Peladang, Padang Negara,

20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon Pejabat : 09 - 616 2288

 Hubungi 

GMP Training: 019-9644225

GMP Technology: 013-3090313

GM Freshmart (Marketing): 017-9817644

GM AgroFarm ( Farming): 012-9651604

Waktu Operasi :

Ahad - Khamis: 8.00am- 6.00pm

Jumaat tutup  

Statistik Pelawat: