SEJARAH KAMI
1998
GM Peladang Enterprise ditubuhkan dengan asalnya bermula dengan menanam kailan dan sawi secara kecilan menggunakan sistem hidroponik takung. Lewat tahun yang sama, sistem fertigasi dimulakan di halaman rumah dengan menanam timun jepun sebanyak 300 beg dan menjual kepada jiran tetangga dan sahabat handai.
2002
Skala projek diperbesarkan dengan kepelbagaian tanaman lain seperti cili, tomato dan timun batang dicuba. Melon juga mulai ditanam dan dijual melalui pasar tani dan pasar borong. Ketika ini, rock melon bukanlah tanaman yang popular dan tumpuan perniagaan kami hanyalah berkisar tentang menanam dan menjual hasil ladang.
2006
Tahun 2004, ladang kami mendapat anugerah persijilan SALM iaitu Sijil Akreditasi Ladang Malaysia yang menjadi bukti kepatuhan standard hasil ladang. Tahun 2004 dan 2006 kami menyertai pameran MAHA di Mines dan MAEPS buat pertama kali dan ketika ini, syarikat GM Peladang mula dikenali. Perniagaan kami mulai berkembang kepada penjualan input tani seperti baja dan benih serta pemasangan projek fertigasi. Program Ladang kontrak bimbingan pemasaran mula diperkenalkan khususnya di Terengganu dan kursus latihan dibuka kepada orang awam yang berminat untuk belajar fertigasi.