
Perkhidmatan GM Peladang
GM Peladang Sdn.Bhd merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang bergiat aktif dalam perniagaan yang berasaskan tanaman makanan. GM Peladang bukan sahaja mengeluarkan hasil ladang, namun turut menyediakan perkhidmatan perladangan yang menggunakan sistem teknologi tanaman baharu iaitu Sistem Hidroponik dan Fertigasi.
Antara perkhidmatan yang disediakan :
Kontrak ladang bagi tanaman makanan.
Pusat latihan bertauliah SLDN ( Sijil Tahap I, II, III, ) tanaman makanan.
Pembekalan dan jualan input pertanian baja, benih, racun dan alatan pertanian.
Pembinaan sistem fertigasi, rumah pelindung tanaman, dan menggali tubewell air.
Konsultansi, kursus dan latihan bagi pengusaha fertigasi dan hidroponik
Penanaman melon, cili, sayur NFT dan produk sayuran berbuah dengan sistem fertigasi.
Agro Pelancongan dalam dan luar negara.


